Berakhir sudah Piala Dunia 2010
Felicitaciones Furia Roja!!!!
Saya adalah peminat Piala Dunia, setiap 4 tahun sekali dalam masa sebulan, seluruh kehidupan akan berkisar tentang bolasepak sahaja, sanggup bersengkang mata untuk siaran langsung.
Saya sudah mengikuti Piala Dunia sudah lama, pernah menonton Franz Beckenbauer "Der Kaiser" sebagai pemain dan juga jurulatih membantu pasukan Jerman menjadi juara Piala Dunia 1974 & 1990.
Tapi Piala Dunia 2010 kali ini lebih bermakna, bukan kerana Sepanyol mencipta sejarah menjadi juara buat pertama kali ataupun pasukan kegemaran saya Jerman berjaya mengekalkan kedudukan ditempat ketiga tetapi kerana pada tahun 2006 pada musim piala dunia saya tiada mood untuk meraikan pesta piala dunia.
Pada musim Piala Dunia 2006 saya tidak menumpukan perhatian kepada bolasepak kerana saya terpaksa menyediakan diri untuk pembedahan mastektomi, berada dihospital ketika disepanjang semi-final dan final. Pada waktu malam ketika suasana dalam wad sunyi terdengar sayup-sayup bunyi perlawanan bola sepak sedang berlangsung diTVruang menunggu wad walaupun tidak sehebat vuvuzela tapi masih dengar suasana perlawanan bola. Pada ketika saya terfikir sempatkah saya menonton Piala Dunia 2010, maklumlah bila dapat kanser, perkara pertama dalam fikiran ialah ajal sudah dekat.
Alhamdulillah 4 tahun sudah berlalu, banyak peristiwa telah berlaku dan banyak perkara telah disedari. Sebenarnya bukan lama jangka hayat untuk hidup yang penting tetapi bagaimana kita memanfaatkan hayat yang kita ada itu yang lebih bermakna.
Piala Dunia 2010 sudah berakhir dan saya sudah kembali kepada kehidupan harian insyallah jumpa lagi di Piala Dunia 2014 di Brazil. Ohh saya kena mula melatih binatang yang sesuai untuk jadi tuk nujum pada Piala Dunia 2014...emmm binatang agaknya..
Selamat tinggal Paul The Sotong!!!
No comments:
Post a Comment