Wednesday, July 14, 2010
I Love Rain
Rain Rain Rain
Suatu ketika dulu saya pernah jatuh gila dengan Rain atau 비(Bi) dalam bahasa korea yang bermakna hujan. Kenapa saya suka Rain? Sebaaaaab Rain boleh berlakon, dia pandai menyanyi dan paling hebat bila dia menari, juga dia paling cute (wah rasa macam remaja sekolah menengah pulak).
Mula jatuh cinta pada Rain, bila dia berlakon disamping pelakon cantik jelita Song Hye Kyo dalam drama korea 'Full House'. Selepas itu bermulalah pencarian mengenai Rain; nama sebenar Jung Ji Hoon tetapi dikenali sebagai Rain bila menyanyi dipentas, lahir pada 25 June 1982, memulakan karier dibidang seni sebagai penari latar, tapi mengeluarkan album pertama 'Bad Guy' pada tahun 2002 sehingga kini telah mengeluarkan tujuh buah album, sudah berlakon dalam enam buah drama dan sudah berlakon dalam tiga buah filem termasuk dua filem Hollywood; Speed Racer dan Ninja Assassin.
Rain pernah mengadakan Rain's Coming Concert di Malaysia pada 27/1/2007 tetapi masa tu banjir besar di Johor dan selatan Malaysia, masih ingat lagi banjir pada hujung tahun 2006? (emmm apakah sebab Rain is coming?). Pada saat itu memang teringin benar bertemu dengan Rain, ingin berbual-bual, ingin tulis surat dengan Rain, sampai sanggup belajar bahasa korea (sampai tahap intermidiate) sebab Rain tidak tahu bahasa Inggeris, angannya bila berjumpa dengan Rain jerit "비 안녕하세요.. 사랑해요!" (Hello Rain.. I love you). Tetapi masa konsert tu, saya tidak dapat pergi sebab baru selesai menjalani rawatan radioterapi, jadi masih belum berani keluar ketempat awam.
Bila difikir-fikirkan kembali kenapa tersangat gilerr pada Rain pada masa itu, jawapannya saya pasti kerana pada masa itu saya dibawah pengaruh ubat chemotherapy dan bahang radiotherapy, oleh sebab itulah jiwa dan jasad tidak stabil dan Rain muncul menjadi penawar duka. Memang layaklah TIME Magazine pada tahun 2006 telah menamakan Rain sebagai '100 Most Influential People Who Shape Our World'.
감사압니다 Rain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment