Friday, July 16, 2010

Lawak semasa


Pada suatu hari arnab dan kura-kura menyertai larian marathon.
Dalam larian tersebut kura-kura berlari dengan lajunya, semasa berlari kura-kura ternampak siput baby berlari dengan bersungguh-sungguh, rupa-rupanya siput baby pun turut serta dalam larian. Oleh kerana kasihan melihat siput baby kura-kura pun mengajak siput baby naik kebelakangnya dan meneruskan larian.
Setelah beberapa ketika berlari, mereka bertembung dengan si ulat (si ulat juga turut serta dalam marathon kerana hendak meramaikan larian tersebut), siput baby nampak si ulat terkial-kial lalu dia pun mengajak ulat tumpang kura-kura untuk menghabiskan larian. Ulat pun dengan tidak berlengah terus melompat keatas belakang kura-kura, lalu siput baby pun berkata " eh awak pegang kuat-kuat ye, kura-kura ni lari laju sangat".

Jadi dalam larian ini siapakah yang berlari dengan laju?
Jawapannya tentulah kura-kura sebab dari awal-awal tadi dah bagitahu kan dia berlari dengan laju (ikut speed kura-kura lah )ha..ha..ha..ha

So arnab la yang menang dalam larian ni?
Sorrylah... arnab tertidur bawah pokok dan tidak menamatkan larian.
Biasalah kalau marathon yang menang pastinya fauna benua Afrika...

Wednesday, July 14, 2010

I Love Rain



Rain Rain Rain
Suatu ketika dulu saya pernah jatuh gila dengan Rain atau 비(Bi) dalam bahasa korea yang bermakna hujan. Kenapa saya suka Rain? Sebaaaaab Rain boleh berlakon, dia pandai menyanyi dan paling hebat bila dia menari, juga dia paling cute (wah rasa macam remaja sekolah menengah pulak).

Mula jatuh cinta pada Rain, bila dia berlakon disamping pelakon cantik jelita Song Hye Kyo dalam drama korea 'Full House'. Selepas itu bermulalah pencarian mengenai Rain; nama sebenar Jung Ji Hoon tetapi dikenali sebagai Rain bila menyanyi dipentas, lahir pada 25 June 1982, memulakan karier dibidang seni sebagai penari latar, tapi mengeluarkan album pertama 'Bad Guy' pada tahun 2002 sehingga kini telah mengeluarkan tujuh buah album, sudah berlakon dalam enam buah drama dan sudah berlakon dalam tiga buah filem termasuk dua filem Hollywood; Speed Racer dan Ninja Assassin.

Rain pernah mengadakan Rain's Coming Concert di Malaysia pada 27/1/2007 tetapi masa tu banjir besar di Johor dan selatan Malaysia, masih ingat lagi banjir pada hujung tahun 2006? (emmm apakah sebab Rain is coming?). Pada saat itu memang teringin benar bertemu dengan Rain, ingin berbual-bual, ingin tulis surat dengan Rain, sampai sanggup belajar bahasa korea (sampai tahap intermidiate) sebab Rain tidak tahu bahasa Inggeris, angannya bila berjumpa dengan Rain jerit "비 안녕하세요.. 사랑해요!" (Hello Rain.. I love you). Tetapi masa konsert tu, saya tidak dapat pergi sebab baru selesai menjalani rawatan radioterapi, jadi masih belum berani keluar ketempat awam.

Bila difikir-fikirkan kembali kenapa tersangat gilerr pada Rain pada masa itu, jawapannya saya pasti kerana pada masa itu saya dibawah pengaruh ubat chemotherapy dan bahang radiotherapy, oleh sebab itulah jiwa dan jasad tidak stabil dan Rain muncul menjadi penawar duka. Memang layaklah TIME Magazine pada tahun 2006 telah menamakan Rain sebagai '100 Most Influential People Who Shape Our World'.

감사압니다 Rain.

Pengangkutan Awam

Bila berbicara tentang pengangkutan awam seperti bas, teksi, komuter atau LRT kebiasaannya tertumpu kepada tahap perkhidmatan yang diberi; bas selalu lambat, teksi tidak menggunakan meter, penumpang terlalu padat dalam keretapi dan berseribu satu 'Aduan Rakya'.Saya sebagai salah seorang yang kerap mengguna pengangkutan awam, saya percaya, serba sedikit mesti ada perasaan 'Bencinta' dengan pengangkutan awam ini. Benci kerana keretapi/bas kerap sangat lewat dan cinta sebab kos pengangkutan murah (boleh berjimat-cermat).

Sebenarnya bagi saya ada yang menarik bila menaiki bas/train, disepanjang perjalanan ke destinasi (tidak kiralah samada sepuluh minit, dua puluh minit tapi kalau satu jam perjalanan tu memang nak pengsan lebih-lebih lagi kalau terpaksa berdiri)kita akan dapat melihat berbagai gelagat penumpang. Secara amnya ada beberapa jenis penumpang:
a) suka membaca dalam bas/train, ada juga yang buat homework tetapi (kalau bas/train tak penuh)
b) suka mendengar lagu guna earphone, kadang-kadang penumpang sebelah tempat duduk pun boleh dengar sama.
c) suka kongsi lagu kegemaran dengan penumpang satu gerabak.
d) suka bercakap dengan nada kuat dalam talipon bimbit sampai semua penumpang tahu business apa yang dia jalankan.
e) suka bersembang dengan kawan dengan suara kuat sehingga penumpang lain pun tahu gossip pejabat (dan tahu jugak nama syarikat, dia sebab terlupa nak tanggal tag nama ).
f) suka memberikan tempat duduknya kepada penumpang yang memerlukan seperti saya, kebiasaannya penumpang remaja/budak sekolah memang sangat perihatin, tetapi kalau sudah terlalu lama menanti train/bas tidak muncul-muncul di stesen, keperihatinan mereka pun boleh luntur.

Itulah sedikit pengalaman yang menarik semasa menaiki bas/train, bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri biasanya memandu sendirian akan hanya ditemani oleh 'XX FM' tetapi bagi saya yang kerap mengguna pengangkutan awam, insyallah akan sentiasa ditemani oleh berbagai warga antarabangsa (Warga Nepal, Bangladesh, India, Pakistan, China, Thailand, Afrika dan mungkin Tartar..emmm saya pun tidak pasti).

Monday, July 12, 2010

Piala Dunia FIFA 2010

Berakhir sudah Piala Dunia 2010
Felicitaciones Furia Roja!!!!

Saya adalah peminat Piala Dunia, setiap 4 tahun sekali dalam masa sebulan, seluruh kehidupan akan berkisar tentang bolasepak sahaja, sanggup bersengkang mata untuk siaran langsung.
Saya sudah mengikuti Piala Dunia sudah lama, pernah menonton Franz Beckenbauer "Der Kaiser" sebagai pemain dan juga jurulatih membantu pasukan Jerman menjadi juara Piala Dunia 1974 & 1990.

Tapi Piala Dunia 2010 kali ini lebih bermakna, bukan kerana Sepanyol mencipta sejarah menjadi juara buat pertama kali ataupun pasukan kegemaran saya Jerman berjaya mengekalkan kedudukan ditempat ketiga tetapi kerana pada tahun 2006 pada musim piala dunia saya tiada mood untuk meraikan pesta piala dunia.

Pada musim Piala Dunia 2006 saya tidak menumpukan perhatian kepada bolasepak kerana saya terpaksa menyediakan diri untuk pembedahan mastektomi, berada dihospital ketika disepanjang semi-final dan final. Pada waktu malam ketika suasana dalam wad sunyi terdengar sayup-sayup bunyi perlawanan bola sepak sedang berlangsung diTVruang menunggu wad walaupun tidak sehebat vuvuzela tapi masih dengar suasana perlawanan bola. Pada ketika saya terfikir sempatkah saya menonton Piala Dunia 2010, maklumlah bila dapat kanser, perkara pertama dalam fikiran ialah ajal sudah dekat.

Alhamdulillah 4 tahun sudah berlalu, banyak peristiwa telah berlaku dan banyak perkara telah disedari. Sebenarnya bukan lama jangka hayat untuk hidup yang penting tetapi bagaimana kita memanfaatkan hayat yang kita ada itu yang lebih bermakna.

Piala Dunia 2010 sudah berakhir dan saya sudah kembali kepada kehidupan harian insyallah jumpa lagi di Piala Dunia 2014 di Brazil. Ohh saya kena mula melatih binatang yang sesuai untuk jadi tuk nujum pada Piala Dunia 2014...emmm binatang agaknya..
Selamat tinggal Paul The Sotong!!!