Monday, August 9, 2010
Dream House
Saya selalu berangan untuk tinggal di lereng gunung dan di tepi tasek tetapi rekabentuk rumah masih samar lagi sebab masih dalam mimipi.
Alangkah bahagianya jika berjaya memliliki ‘Dream House’, rumah yang memenuhi citarasa dari segi keluasan rumah, lokasi rumah, rekabentuk rumah, jenis rumah dan juga nilai rumah tersebut, tetapi oleh kerana beberapa faktor yang tertentu, kita cuma mampu memiliki sebahagian sahaja ciri-ciri ‘Dream House’ yang diidamkan.
Pun begitu sebagai manusia yang hebat, kita akan berusaha sedaya upaya membina rumah seperti yang diidamkan, misalnya kita akan menambah keluasan rumah pada setiap inci kawasan yang kita ada, merubah rekabentuk rumah yang telah siap dibeli, atau juga membawa air terjun dan batu-batu sungai untuk landscape rumah kita.
Tentunya setiap ‘Dream House’ yang dibina adalah untuk keselesaan penghuni rumah tersebut. Maka pembina rumah tersebut akan mengambilkira setiap citarasa atau kehendak penghuni rumah iaitu menyediakan ruang-ruang tertentu seperti ruang tamu untuk tetamu, ruang tetamu untuk keluarga, ruang makan, dapur (dapur basah dan dapur kering) bilik study, bilik kerja (bagi yang bekerja dari rumah), bilik tidur untuk tetamu, bilik tidur masing-masing dan bilik pembantu rumah. Oh juga bilik ‘laundry’ dan ada juga bilik khas untuk pakaian (walk in closet).
Dan bertambah lagi bahagia jika ‘Dream House’ ini juga akan menjadi ’Dream Home’ kerana kadangkala a house is not a home. Mungkin kita boleh menyediakan rumah yang gah dan serba lengkap tetapi untuk memiliki ‘Dream Home’, semuanya bergantung kepada jalinan hubungan sesebuah keluarga itu sendiri, sekiranya keluarga itu bahagia dan bersyukur dengan apa yang dimiliki, maka bahagialah kediaman tersebut dan di situlah terungkapnya kata ‘Rumah itu Syurga ku’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment