Tuesday, September 28, 2010

Azam baru

Sudah lama tidak menulis dalam blog ni..bukanlah sibuk sangat
cuma tiada mood nak bercerita.
Mungkin kena buka buka lebaran baru...
Aja aja hwaiting!!

Saturday, September 4, 2010

Merdeka

Malaysia sudah 53 tahun merdeka dari penjajah, kita harus bersyukur kerana kita dapat hidup dalam negara yang aman damai dan tiada bencana yang besar seperti gempa bumi dan banjir besar dinegara jiran.

Tuhan telah menganugerahkan kita dengan segala kesenangan dan kemewahan, seharusnya kita insaf dan rasa bersyukur yang amat sangat. Tentunya kita tidak terfikir bahawa mungkin tuhan ingin menduga dengan kesenangan, kerana pada kita ujian atau dugaan hanya datang dalam bentuk musibah dan kesusahan. Alangkah malangnya kita jika kita terus hanyut dengan segala kemewahan dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang kita perolehi hingga lupa hendak bersyukur.

Oleh itu kita sering mengambil mudah erti kemerdekaan kerana kita tidak pernah susah seperti yang dialami oleh mereka yang hidup sebelum merdeka. Mereka telah bersusah payah mendirikan asas negara kita supaya semua orang boleh hidup dengan harmoni.

Keharmonian dan kedamaian tidak datang sendiri tetapi mesti dipupuk oleh semua orang. Setiap orang punya tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kedamaian negara kita demi masa depan generasi akan datang.

Mungkin kita bukan pejuang bangsa tetapi kita boleh mulai dari satu unit keluarga dalam sebuah masyarakat. Sekiranya kita saling hormat menghormati dan saling bertolak ansur antara satu sama lain, tentunya secara perlahan-lahan kita akan mencipta satu kehidupan yang harmoni dan aman damai.

Friday, September 3, 2010

Malu

Bila sifat malu tiada dalam diri, positif nya kita jadi berani dan tidak ambil peduli apa orang kata tetapi keberanian kerana hilangnya sifat malu kadangkala membawa kepada perkara negatif. Contohnya baru-baru ini berkesempatan melihat gelagat pasangan yang tidak punya sifat malu berpelukan-pelukan dalam komuter tidak memperdulikan orang ramai. Malangnya yang melakukan tu pasangan melayu yang sudah tentunya beragama Islam, dalam bulan Ramdan. Kalaulah dikhalayak ramai pun tidak merasa malu dan begitu berani, apatah lagi jika bersendirian. Gerun memikirkannya, dari ringan-ringan berakhir dengan kes berat seperti buang bayi.

Dan malangnya juga sebab saya malu nak tegur kerana tiada keberanian, takut pada reaksi pasangan tersebut, takut nak buat scene. Malangnya sebab saya lebih takut pada orang dari Allah...astaghfirullah..ampunkanlah dosa saya kerana tidak berbuat apa-apa dan ampunkanlah pasangan tersebut dan kembalikan sifat malu kepada mereka.